:: Bicara Ulama' ::

Sayed Qutb dalam surat terakhir menulis kepada adiknya sebelum di gantung : "Kita selalu akan merasa sempit dada jika kita merasakan kitalah yang memulakan & mengakhiri perjuangan ini, tapi kesempitan ini tidak akan terasa jika kita merasai bahawa kita menyambung perjuangan yang lalu & akan di teruskan oleh generasi yang akan datang..Adikku, usahlah kau gerun tali gantung yang akan menjerut leherku.."

Renungan “sebagai Remaja”

Assalamua'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Selawat dan Salam Selamanya pada Baginda Rasulullah SAW. Jangan kita terlupa menyebutnya walau sedetik, demi Allah Taala yang Maha Melihat dan Mendengar, Sesungguhnya beruntunglah wahai para pencinta apa yang Allah Cintai, itulah Rasulullah SAW Amirul Ummah.

Saban hari..
Keruntuhan akhlak serta jenayah di kalangan remaja sentiasa hangat diperbincangkan. Remaja merupakan suatu golongan yang mesti diberi perhatian sewajarnya memandangkan golongan inilah yang bakal mewarnai corak masa depan negara bagi menggantikan golongan dewasa dan tua yang bakal pergi. Rosaknya golongan remaja maka goyahlah kestabilan negara lambat launnya. Oleh itu mesti diambil suatu tindakan yang serius dan bersungguh dalam membentuk golongan remaja yang cemerlang ilmu dan akhlaknya. Adalah menjadi suatu kesalahan yang besar jika golongan ini dibiarkan hanyut tanpa ada usaha untuk menyekat mereka daripada terjerumus ke lembah kejahilan dan kerosakan akhlak. Bermula daripada rumah lagi di mana ibubapa menjadi tonggak penting dalam membimbing anak-anak agar bergerak serta bertindak mengikut lunas syarak. Diikuti dengan didikan secara formal di sekolah-sekolah dan seterusnya kepada peringkat yang lebih tinggi di mana di pusat pengajian ini mesti ditekankan pembelajaran dan pendidikan secara serentak bukannya pelajar hanya diajar tanpa dibentuk melalui didikan yang sempurna. Mengajar lebih mudah daripada mendidik di mana guru yang hanya tahu mengajar mudah dilahirkan dalam masyarakat berbanding golongan pendidik yang mampu membentuk peribadi pelajarnya sehingga pelajarnya lahir sebagai golongan terpelajar dan berakhlak mulia. Pendidik yang mahu melahirkan pelajar yang jati diri lebih banyak cabaran dan tugasannya berbanding guru yang hanya tahu mengajar pelajar sahaja dengan mengabai aspek pendidikan.

Kita tidak boleh sama sekali membiarkan golongan remaja mengikut arus yang berlangsung dalam masyarakat dengan memberi mereka peluang yang begitu luas untuk memilih. Ketika berada dalam usia yang belum cukup matang ini kebanyakan remaja lebih mudah mengikut telunjuk nafsu berbanding tunduk kepada arahan wahyu. Ini ditambah lagi dengan suasana dalam masyarakat hari ini yang menyaksikan bagaimana program yang berunsur maksiat yang merosakkan akhlak muda mudi begitu subur di mana-mana sahaja maka perlu diambil jalan yang terbaik agar program yang berunsur keagamaan yang membentuk pembinaan insan terus diperbanyakkan serta diperwajibkan ke atas semua remaja. Ini bukanlah suatu paksaan yang ditegah oleh agama kerana ia merupakan suatu usaha amar makruf nahi munkar. Kita perlu faham dengan baik perbezaan antara paksaan yang dilarang dengan paksaan yang disuruh oleh Allah. Paksaan orang bukan Islam untuk memeluk Islam adalah antara contoh kepada paksaan yang dilarang sebaliknya paksaan terhadap umat Islam agar melaksanakan amar makruf nahi munkar dalam kehidupan merupakan suatu paksaan yang disuruh oleh agama. Jika semua paksaan tidak dibolehkan dalam Islam maka sudah pasti tiadanya arahan dirotan anak-anak jika tidak sembahyang selepas berumur 10 tahun. Begitu juga dengan perundangan termasuk hudud dan qisas sudah pasti tidak dapat dilaksanakan jika benar dakwaan bahawa Islam berjalan atas kerelaan bukan paksaan. Jika tiada paksaan maka umat Islam tidak akan bersungguh dalam melaksanakan seluruh sistem Islam dalam kehidupan kerana kita akan hanya melakukan perkara yang mudah dan dipersetujui oleh nafsu dengan menolak dengan mudah segala perintah Allah yang dianggap berat untuk dibuat. Melihat kepada peri pentingnya didikan dan asuhan yang mesti dilaksanakan ke atas setiap diri golongan remaja maka usaha ini mesti dipertingkatkan. Semakin ramai golongan remaja yang jatidiri dengan tinggi ilmunya serta murni akhlaknya maka semakin mudah perjalanan pentadbiran sesebuah masyarakat seterusnya negara. Sebaliknya jika rosaknya golongan remaja maka ia memberi padah kepada kemajuan tamadun insan dalam sesebuah negara seterusnya boleh membantut kemajuan kebendaan akibat terlalu ramai lahirnya golongan perosak yang sentiasa suka melakukan kerosakan demi memenuhi nafsu serakah. Jangan terlalu memandang mudah kepada didikan terhadap golongan remaja kerana kelak ia akan membahayakan negara jika gagal membina keperibadian mereka.Cara untuk membina peribadi insan yang mulia bukanlah mudah tetapi bila berhasil maka ia akan membawa begitu banyak manfaat dan kebaikannya. Sebaliknya cara untuk merosakkan manusia begitu mudah dan bila berlaku maka ia pasti memberi banyak kesan buruk kepada semua pihak. Ajaran Islam memang mudah tetapi payah dilaksanakan, ia senang tetapi sukar ditunaikan bukan disebabkan susahnya tetapi akibat ia bercanggah dengan keinginan nafsu. Oleh itu didiklah nafsu agar ia jinak dengan ibadat, asuhlah diri agar kuat beramal soleh. Jangan membiarkan nafsu terus meliar bertindak, jangan hanyutkan diri dengan maksiat yang mencelakakan diri kita di dunia dan Akhirat.

Ingatan "Maulid Rasul" vs "Hari Kekasih" mana lebih alert?


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Bismillahi Rahmani Rahim, Alhamdulillahi Rabbil'aalamin, Washolati wassalam 'ala asyrafil anbia'i walmursalin, wa'alaa 'alihi washohbihi ajma'iin.

kalam suci dan Selawat serta Salam didahulukan sebagai pembuka bicara bagi kalam yang lemah dari sudut kata-kata yang berupa persoalan dan hikmah dengan izinNya, jangan merasakan perlunya mendabik dada mengatakan yang batil itu hak dan yang hak itu batil kerana sesungguhnya Allah jualah tempat kita membuat rujukan dan tempat kembali, sebenar-benarnya tempat kepulangan kita. Walaupun kita jauh dari tempat kelahiran kita atau tempat tumpahnya darah kita, atau berjauhan dengan keluarga tercinta seperti "Editor" namun, ia tiadalah menggugatkan segala perjuangan dan misi keilmuan yang jauh lebih penting dari mengenangkan perasaan sendiri demi Allah Taala dan agama Islam tercinta, " Ya Rabbi...Ya Allah, tanamkan perasaan cinta kami pada-Mu, pada kekasih-Mu baginda saw dan pada agama-Mu dengan sebenar-benar cinta sehingga dapat menggantikan cinta kami kepada dunia dengan "mahabbah-Mu" ke dalam hati-hati kami, sesungguhnya hanya Engkau yang berhak meletakkan cinta-Mu ke dalam hati-hati kami..amin~"

Beberapa hari yang telah lalu, ingatkah kita akan tarikh apakah yang begitu istimewa sekali bagi orang yang mencintai Rasul dan tarikh apakah yang begitu istimewa bagi orang yang mencintai "alam" iaitu orang yang berkasih antara lelaki dan perempuan ? Tanya diri sendiri samada kita lebih tahu tarikh 'Hari Ulang Tahun Kelahiran Nabi' kita atau tarikh 'Hari Kekasih' apabila tibanya masa yang dianggap "sesuatu yang agak istimewa". Saya tidak mahu berceloteh panjang, namun itu semuanya bergantung pada individu bagaimanakah dirinya, termasuklah Penulis pada petang ini.

Kadang-kadang manusia memang begitu, manusia mempunyai akal fikiran, nafsu, iman, hati, perasaan dan sebagainya. manusia punya banyak 'item' dalam diri, namun semua itu yang membuktikan siapa kita, di mana kita, di mana kedudukan kita dalam kelompok manusia yang mempunyai item2 tersebut. Kita berbeza dengan 'haiwan' (hayawanunnaaatiq') , memang diakui manusia seperti kita berbeza dengan makhluk lain. Dari segi apa yang membezakan kita dengan mahkluk2 yang lain? saudara-saudari, sahabat-sahabiah semua sudah tentu lebih arif dan maklum akal hal ini. Sifat dan perasaan yang mesti ada pada manusia seperti kita adalah kita "takut kepada Allah SWT " apabila kita berbuat dosa pada Allah, dan kita akan "menangis kerana takut kepada Allah SWT". apabila ditimpa musibah kita mesti "sabar" dalam mengharungi cubaan dan ujian dalam kehidupan yang sementara ini. Kita bukanlah hidup selama-lamanya di dunia ini, masa yang amat singkat gunakanlah ia dengan sebaiknya supaya kita mesti "melatih diri menahan nafsu dan syhawat" demi "memerangi nafsu dan syaitan". Tetapi itulah manusia, manusia itu kita., kita sering "lupa pada Allah SWT", kita buka setakat lupa, malah kita " meninggalkan perintahNya" maka semua kesilapan kita setakat hari ini, kita "bertaubatlah" dari segala berbuat maksiat. Kita sebagai umat terpilih yakni umat Nabi Muhammad SAW, kita wajib "taat kepada perintahNya, tanamkan Mahabbah kepada Allah SWT dan Rasul-Nya". Ketahuilah sahabat-sahabat semua, termasuk diri saya, bahawa mahabbah seorang hamba kepada Allah dan Rasulnya beerti ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Adapun, Mahabbah ini adalah nikmat Allah kepada hamba-Nya yang berupa keampunan. Beruntunglah orang-orang yang mendapat "mahabbah Allah SWT" kerana mereka itu adalah orang-orang yang terpilih. Mudah-mudahan kita semua tergolong dari orang-orang yang mendapat "mahabbah" Allah Taala ini. Berdoalah! Nescaya Allah memperkenankan doa kita. Jadi Cintailah Allah dan Rasul-Nya nescaya kita akan dicintai Allah dan Rasul. Setiap selawat dan ucapan dzikir yang diucapkan adalah diketahui oleh Nabi pada barangsiapa yang berselawat dan berdzikir kepada-Nya. Tidak mahukah kita mendapat pandangan di hadapan Allah dan kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW dengan pandangan rahmat dan kasih sayang? tidak layak kita jika mahu mengukur dzikir dan ingatan kita pada Allah dan selawat pada Rasul-Nya dengan rahmat kasih sayang Allah kepada kita dan syafaat Baginda Muhammad SAW di Akhirat kelak. Sungguh rugilah kita jika kita berlagak sombong dengan rahmat Allah dan bersifat bakhil pada diri sendiri.

"Ala bidzikrillahi TatmainnulQulub.."
....Subanallah....
....Alhamdulillah....
....La ilahaillallah....
....Allahu Akbar......
....Lahaulawalaquwwataillah..billah..


...Shollu 'ala Nabi...
...Allahummasholli'ala saiyyidina Muhammad wa'ala alihi washohbihi ajmai'in...

Renungilah diri kita (diri saya juga) yang banyak berlaku silap, banyak tersasul salah. sungguh tidak dapat dibentangkan pada kata-kata yang lunak sekalipun, walaupun di atas berkeping-keping kertas, berjuta-juta pena untuk menyatakan kesilapan dan kekhilafan kita terhadap Allah, sudah tentu tidak akan mencukupi, Namun!! ingatlah! Allah merupakan yang Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang..sebanyak mana dosa kita DIA sudi mengampunkan kita, sedang kita tidak sudi menyatakan silap kita kepada-Nya sedangkan Allah Maha Tahu tanpa meriwayatkan kepada-Nya. Sombongnya kita pada Allah. Banyakkan "istighfar" wahai sahabat-sahabat dan diri saya.

wallahu'alam.
segala kesilapan dalam berkata-kata harap dimaafkan dan diperbetulkan. Mudah-mudahan Allah memberi hidayah dan taufiq selama-lamanya pada kita semua. Aminn.
(,")

Valentine Day ( Hari Berkasih Sayang )


Valentine Day ( Hari Berkasih Sayang )
Menurut pandangan Islam.

Benarkah ia kasih sayang belaka?

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

Sahabat-sahabiah semua harus tahu bahawa di mana dan apakah sebenarnya yang terkandung dalam sejarah 'Valentine Day' ini.

SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.
PANDANGAN ISLAM

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.

Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.

1. PRINSIP / DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

2. SUMBER ASASI
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3. TUJUAN
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (Surah Al Isra : 27)

Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : …walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.

Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.

Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.

MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)

Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.

Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t.: “Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol.


Sumber : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/valentineday.htm