:: Bicara Ulama' ::

Sayed Qutb dalam surat terakhir menulis kepada adiknya sebelum di gantung : "Kita selalu akan merasa sempit dada jika kita merasakan kitalah yang memulakan & mengakhiri perjuangan ini, tapi kesempitan ini tidak akan terasa jika kita merasai bahawa kita menyambung perjuangan yang lalu & akan di teruskan oleh generasi yang akan datang..Adikku, usahlah kau gerun tali gantung yang akan menjerut leherku.."

SeJaRah SoLat 5 WakTu



بسم الله الرحمن الرحيم

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing ummat manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi lain, umat nabi Muhammad SAW telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.
Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula di kerjakan.

Subuh :

Manusia pertama yang mengerjakan solat ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, nabi Adam a.s pun bersembahyang 2 rakaat.

Zohor :

Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

rakaat pertama : Tanda syukur bagi penebusan
rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
rakaat ketiga : Tanda syukur dan memohon akan redha Allah SWT.
rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbanya diganti dengan tebusan kibas.

Asar :

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda di keluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu :

rakaat pertama :kelam dengan kesalahan
rakaat kedua : kelam dengan air laut
rakaat ketiga : kelam dengan malam
rakaat keempat :kelam dengan perut ikan Nun

Maghrib :

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana di selamatkan dari kejahilan tersebut iaitu :

rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang maha Esa.
rakaat kedua :Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perkara sumbang.
rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak :

Manusia pertama yang mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacita itu pada waktu isyak yang akhir. lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.
rakaat kedua : tanda Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap firaun
rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak firaun.

wallahua'lam..=D

No comments:

Post a Comment