:: Bicara Ulama' ::

Sayed Qutb dalam surat terakhir menulis kepada adiknya sebelum di gantung : "Kita selalu akan merasa sempit dada jika kita merasakan kitalah yang memulakan & mengakhiri perjuangan ini, tapi kesempitan ini tidak akan terasa jika kita merasai bahawa kita menyambung perjuangan yang lalu & akan di teruskan oleh generasi yang akan datang..Adikku, usahlah kau gerun tali gantung yang akan menjerut leherku.."

SeJaRah SoLat 5 WakTu



بسم الله الرحمن الرحيم

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing ummat manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi lain, umat nabi Muhammad SAW telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.
Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula di kerjakan.

Subuh :

Manusia pertama yang mengerjakan solat ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, nabi Adam a.s pun bersembahyang 2 rakaat.

Zohor :

Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

rakaat pertama : Tanda syukur bagi penebusan
rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
rakaat ketiga : Tanda syukur dan memohon akan redha Allah SWT.
rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbanya diganti dengan tebusan kibas.

Asar :

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda di keluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu :

rakaat pertama :kelam dengan kesalahan
rakaat kedua : kelam dengan air laut
rakaat ketiga : kelam dengan malam
rakaat keempat :kelam dengan perut ikan Nun

Maghrib :

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana di selamatkan dari kejahilan tersebut iaitu :

rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang maha Esa.
rakaat kedua :Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perkara sumbang.
rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak :

Manusia pertama yang mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacita itu pada waktu isyak yang akhir. lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.
rakaat kedua : tanda Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap firaun
rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak firaun.

wallahua'lam..=D

::FADHILAT SURAH AL-MULK::


::FADHILAT SURAH AL-MULK::

1. MEMPEROLEHI SYAFAAT

Daripada Abu Hurairah ra Rasulullah SAW bersabda : "sesungguhnya di dalam al-quran ada tiga puluh ayat yang memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk (Tabaarakal-Lazzi)

2. SEBAGAI SAHABAT DALAM KUBUR

Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW telah bersabda: "sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dunia dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali "Tabaarakal-Lazi". Maka apabila di masukkan ke dalam kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu, sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberikan kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi syafaat kepada dia (si mati), jadi pergilah kamu menemui Allah SWT. Dan berkata, "Wahai tuhanku, si fulan ini (si mati), dia memilih saya dalam kitabmu dan dia mempelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya didalam dadanya. Maka jika engkauingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabMu.

Allah SWT berfirman : "Aku nampak kamu marah.." Dia menjawab (surah) : sesungguhnya saya marah. Allah SWT berfirman : "pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatas.."

3. TERHNDAR DARI SEKSA KUBUR

Daripada Ibnu Abbas ra berkata seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah SAW saya dirikan khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam. Nabi SAW bersabda itulah yang menahan (Al-Maniah), yang menyelamatkandia (Al-Munjiah) daripada daripada siksaan kubur.

(HR At-Tarmizi)

4. TERHINDAR DARI API NERAKA

daripada Ibnu Abbas ra berkata: "adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu,ia berkata bahkan! "beliau (Ibnu Abbas) berkata baacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan anak-anak kamu sebelum baligh di rumahmu dan jiranmu..sesungguhnya yang menyelamatkan kamu dari berdebat di hari kiamat di depan Allah memohon kepada pembacanya supaya Allah SWT menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat daripada siksaan kubur.

Dan Nabi SAW bersabda :saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan darrri umatku.."



:: JaLan MembuRu KeMuLiaan InSan::

5 Jalan Memburu Kemuliaan Insan


suatu ketika dahulu, Abu Laith pernah berkata mengenai 5 syarat bagaimana untuk mendapat kehormatan dan kemuliaan :-

1. MENAHAN DIRI DARIPADA MAKSIAT

Firman Allah SWT yang bermaksud:

".....Dan menahan nafsu dari maksiat, maka syurgalah tempatnya...."

2. RELA DAN REDHA DENGAN PEMBERIAN YANG SEDERHANA

Nabi Bersabda : "..Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.."

3. RAJIN MELAKUKAN KETAATAN DAN KEBAIKAN

Ini kerana kemungkinan amal itu akan menyebabkan keampunan dan masuk syurga.

Firman Allah SWT yang bermaksud :"...syurga yang di wariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.."

4. MENCINTAI DAN BERGAUL DENGAN ORANG-ORANG SOLEH

Ini untuk mendapatkan syafaat mereka
Nabi pernah bersabda : "perbanyakkan kawan, kerana setiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat.."

5. BANYAK BERDOA
Antaranya, minta di masukkan ke syurga dan husnul khatimah

Kata ahli hikmah :
"Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan. Tidak bersungguh dalam beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah dan malas. Di syurga nanti ada masa rehat yang tidak dapat dirasai kecuali orang yang tidak pernah berehat di dunai. Ada kepuasan yang tidak dapat dirasai kecuali orang yang meninggalkan berlebih-lebihan dan bersederhana di dunia.."

wallahua'lam..=D

KeRAHMATan Allah VS keMURKAan Allah


salam satu perjuangan..

mengapakah kerahmatan Allah VS kemurkaan Allah..??
untuk post kali ini surau saodah ingin membawakan satu cerita @ gambaran mengenai murka & rahmatNYA Allah SWT pada hambanya..

sebenarnya Allah SWT sangat murka kepada hambanya yang tidak mengikut akan setiap perintahNya..oleh demikian masih ramai manusia yang menderhakai Allah SWT.. melakukan maksiat sana-sini dengan merasakan di dalam diri mereka setiap maksiat & kemungkaran yang mereka lakukan itu adalah suatu perkara yang biasa dalam harian hidup mereka..subhanallah..

adakah kita pernah berfikir berfikir betapa besarNya kemarahan Allah atas setiap
dosa yang kita lakukan..??apabila tercetusnya kemurkaan Allah itu,maka tunggu lah saat kiamat..

tetapi Allah masih belum mengutus kiamat untuk menjelang tiba.. kenapa..??? Oleh kerana masih adanya 3 rahmat Allah yang mengatasi kemurkaanNYA... apakah rahmat itu..??

1) kerana masih Adanya golongan berusia seperti datuk nenek kita yang sentiasa pergi ke rumah Allah (masjid) untuk beribadat

2) Kerana adnya bayi-bayi yang baru lahir ke dunia.

3) Kerana adanya haiwan ternakan yang mergut rumput di padang-padang.

itu lah menunjukkan RahmatNya Allah Swt terhadap kita selaku hambanya..adakah kita masih tidak mahu bersyukur..??

Mafhum firman Allah Swt di dalam surah Ibrahim : "Sekiranya kamu bersyukur akan nikmatKU,nescaya aku akan tambah nikmat kepadamu..tetapi sekiranya kamu tidak bersyukur, nescaya azabKu amat pedih.."

Oleh itu..bangun lah pemuda pemudi Islam.. bangkitlah dari lenamu yang panjang itu... sesungguhnya perjuangan ini memerlukan tenaga-tenaga kalian..

sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah kerahmatan dari Allah inin dengan sama-sama menghidupkan rumah Allah...

wallahua'lam...=D




::Salam Mukaddimah::

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan lafaz yang mulia bermulalah episod tinta-tinta tulisan bagi surau saodah di bumi Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) A.K.S Unversiti Darul Iman Malaysia (UDM) A.K.S Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ini....

Banyak betul namanya kan..??? walaupun di kenali dengan berbagai nama..tetapi di situ lah terletaknya surau saodah dengan namanya yang kekal dari dulu, kini dan insyaAllah selamanya dengan izin Allah...=D

semoga dengan segala perkongsian dan info-info daripadfa surau saodah ini dapat menberikan manfaat buat bersama...InsyaAllah..

mafhum dari sabda Nabi SAW : "Sampaikan lah daripadaKu walaupun sepotong Ayat.."

Oleh itu, sama-sama lah kita menyebarkan dan menjadi sayap kepada perjuangan dakwah-dakwah Rasulullah Saw dalam menegakkan DeenuL ISLAM & semoga kita d golongkan di kalangan umat baginda yang berTAQWA..Ameen..