" Lakukan solat daripada tergelincir matahari hingga kegelapan malam "
Surah Al-Isra' : 78
Solat, kefardhuan yang tiada tolak ansur
Solat merupakan ibadah tetap yang tidak luput kefarduannya dalam apa jua keadaan. Ia mesti di tunaikan oleh setiap muslim yang mukallaf, tidak kira sama ada ketika sihat ataupun sakit, semasa lapang atau sibuk, musafir atau muqim, kaya atau miskin, raja atau rakyat biasa, semasa aman atau perang dan sebagainya. Oleh kerana itu, solat merupakan tiang seri bagi agama islam. Kefarduan solat ini jelas berbeza dengan ibadat-ibadat fardu lain. Sebagai contoh, ibadat haji wajib hanya wajib kepada orang-orang Islam yang mempunyai harta,yang cukup nisab dan haulnya. Demikian pula dengan puasa, yang wajib dikerjakan oleh muslimin yang sihat dan mampu melaksanakannya.
Solat, penghubung hamba dengan Tuhannya
Solat adalah tali penghubung di antara seorang hamba dengan Allah SWT. Ia merupakan amalan yang paling disukai oleh Allah sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud :
" Janganlah kamu meninggalkan solat dengan sengaja, penjagaan atau pemeliharaan Allah dan Rasul-NYA telah terlepas dari dirinya"
(Riwayat Imam Ahmad)
Solat, penghapus dosa dan menjauhkan daripada melakukan maksiat
Solat adalah penghapus dosa bagi hamba-hamba yang menzalimi diri mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
" Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang kamu lakukannya, Allah mengampunkan segala dosa dan meninggikan darjat kamu ? Para sahabat menjawab, ya wahai Rasulullah! Baginda menjawab, menjawab : menyempernakan wudhuk meskipun dalam keadaan sukar (seperti dalam keadaan terlalu sejuk), memperbanyakkan langkah ke masjid dan menunggu solat yang berikutnya setelah selasai solat sebelumnya, kerana yang demikian itu adalah perbuatan mewakafkan diri untuk melaksanakan ibadat yang berpanjangan "
(Riwayat Imam Ahmad)
Kita sering mendengar firman Allah SWT yang berikut setiap kali azan berkumandang di televisyen :
" Sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripada melakukan maksiat dan perkara mungkar "
(Al-Ankabut : 45)
Adakah kita memahami maksud ayat yang agung ini lantas memeriksa solat yang kita tunaikan selama ini, adakah diterima oleh Allah SWT? Adakah solat yang kita tunai selama ini membawa perubahan pada tingkah laku, akhlak dan kehidupan kita..??
bersambung......=D
mantop syeikh..sambung2 kisah tu..moga mendapat barakah pada pembaca
ReplyDelete