:: Bicara Ulama' ::

Sayed Qutb dalam surat terakhir menulis kepada adiknya sebelum di gantung : "Kita selalu akan merasa sempit dada jika kita merasakan kitalah yang memulakan & mengakhiri perjuangan ini, tapi kesempitan ini tidak akan terasa jika kita merasai bahawa kita menyambung perjuangan yang lalu & akan di teruskan oleh generasi yang akan datang..Adikku, usahlah kau gerun tali gantung yang akan menjerut leherku.."

Renungan “sebagai Remaja”


Keruntuhan akhlak serta jenayah di kalangan remaja sentiasa hangat diperbincangkan. Remaja merupakan suatu golongan yang mesti diberi perhatian sewajarnya memandangkan golongan inilah yang bakal mewarnai corak masa depan negara bagi menggantikan golongan dewasa dan tua yang bakal pergi. Rosaknya golongan remaja maka goyahlah kestabilan negara lambat launnya. Oleh itu mesti diambil suatu tindakan yang serius dan bersungguh dalam membentuk golongan remaja yang cemerlang ilmu dan akhlaknya.

Adalah menjadi suatu kesalahan yang besar jika golongan ini dibiarkan hanyut tanpa ada usaha untuk menyekat mereka daripada terjerumus ke lembah kejahilan dan kerosakan akhlak. Bermula daripada rumah lagi di mana ibubapa menjadi tonggak penting dalam membimbing anak-anak agar bergerak serta bertindak mengikut lunas syarak. Diikuti dengan didikan secara formal di sekolah-sekolah dan seterusnya kepada peringkat yang lebih tinggi di mana di pusat pengajian ini mesti ditekankan pembelajaran dan pendidikan secara serentak bukannya pelajar hanya diajar tanpa dibentuk melalui didikan yang sempurna.

Mengajar lebih mudah daripada mendidik di mana guru yang hanya tahu mengajar mudah dilahirkan dalam masyarakat berbanding golongan pendidik yang mampu membentuk peribadi pelajarnya sehingga pelajarnya lahir sebagai golongan terpelajar dan berakhlak mulia. Pendidik yang mahu melahirkan pelajar yang jati diri lebih banyak cabaran dan tugasannya berbanding guru yang hanya tahu mengajar pelajar sahaja dengan mengabai aspek pendidikan.

Kita tidak boleh sama sekali membiarkan golongan remaja mengikut arus yang berlangsung dalam masyarakat dengan memberi mereka peluang yang begitu luas untuk memilih. Ketika berada dalam usia yang belum cukup matang ini kebanyakan remaja lebih mudah mengikut telunjuk nafsu berbanding tunduk kepada arahan wahyu. Ini ditambah lagi dengan suasana dalam masyarakat hari ini yang menyaksikan bagaimana program yang berunsur maksiat yang merosakkan akhlak muda mudi begitu subur di mana-mana sahaja maka perlu diambil jalan yang terbaik agar program yang berunsur keagamaan yang membentuk pembinaan insan terus diperbanyakkan serta diperwajibkan ke atas semua remaja.

Ini bukanlah suatu paksaan yang ditegah oleh agama kerana ia merupakan suatu usaha amar makruf nahi munkar. Kita perlu faham dengan baik perbezaan antara paksaan yang dilarang dengan paksaan yang disuruh oleh Allah. Paksaan orang bukan Islam untuk memeluk Islam adalah antara contoh kepada paksaan yang dilarang sebaliknya paksaan terhadap umat Islam agar melaksanakan amar makruf nahi munkar dalam kehidupan merupakan suatu paksaan yang disuruh oleh agama.

Jika semua paksaan tidak dibolehkan dalam Islam maka sudah pasti tiadanya arahan dirotan anak-anak jika tidak sembahyang selepas berumur 10 tahun. Begitu juga dengan perundangan termasuk hudud dan qisas sudah pasti tidak dapat dilaksanakan jika benar dakwaan bahawa Islam berjalan atas kerelaan bukan paksaan. Jika tiada paksaan maka umat Islam tidak akan bersungguh dalam melaksanakan seluruh sistem Islam dalam kehidupan kerana kita akan hanya melakukan perkara yang mudah dan dipersetujui oleh nafsu dengan menolak dengan mudah segala perintah Allah yang dianggap berat untuk dibuat.

Melihat kepada peri pentingnya didikan dan asuhan yang mesti dilaksanakan ke atas setiap diri golongan remaja maka usaha ini mesti dipertingkatkan. Semakin ramai golongan remaja yang jatidiri dengan tinggi ilmunya serta murni akhlaknya maka semakin mudah perjalanan pentadbiran sesebuah masyarakat seterusnya negara. Sebaliknya jika rosaknya golongan remaja maka ia memberi padah kepada kemajuan tamadun insan dalam sesebuah negara seterusnya boleh membantut kemajuan kebendaan akibat terlalu ramai lahirnya golongan perosak yang sentiasa suka melakukan kerosakan demi memenuhi nafsu serakah.

Jangan terlalu memandang mudah kepada didikan terhadap golongan remaja kerana kelak ia akan membahayakan negara jika gagal membina keperibadian mereka.Cara untuk membina peribadi insan yang mulia bukanlah mudah tetapi bila berhasil maka ia akan membawa begitu banyak manfaat dan kebaikannya. Sebaliknya cara untuk merosakkan manusia begitu mudah dan bila berlaku maka ia pasti memberi banyak kesan buruk kepada semua pihak. Ajaran Islam memang mudah tetapi payah dilaksanakan, ia senang tetapi sukar ditunaikan bukan disebabkan susahnya tetapi akibat ia bercanggah dengan keinginan nafsu.

Oleh itu didiklah nafsu agar ia jinak dengan ibadat, asuhlah diri agar kuat beramal soleh. Jangan membiarkan nafsu terus meliar bertindak, jangan hanyutkan diri dengan maksiat yang mencelakakan diri kita di dunia dan Akhirat.

~ Muhasabah Diri ~


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawaban kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun, zuhud itu obatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu obatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu obatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu obatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu obatnya.


“SENJATA MELAWAN SYAITAN”

Qalbu & hati

Qalbu atau hati yang hidup, bersih, tegar dan bersinar, Firman Allah:” Orang2 yang apabila disebut nama Allah, bergetarlah hatinya dan apabila dibacakan ayat2Nya, maka bertambahlah iman mereka” –Al Anfal:2

‘Akal

‘Akal yang dapat memandang, memahami, membezakan dan mneyrap ilmu2 yang dapat mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala & mnegtahui keagungan & kekuasaanNya. Bila hati mati & membatu maka ‘akalnya padam dan menyimpang serta jiwanya lemah sehingga syaitan dapat menguasainya dengan mudah. Firman Allah Ta’ala:” Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa akan mengingati Allah s.w.t”- Al Mujadalah:19

“10 JALAN MASUK SYAITAN DAN CARA MELAWANNYA”

1. Buruk sangka- lawanlah dengan perasaan percaya.

2. Cintakan dunia dan berterusan memasang angan2- lawanlah dengan takut pada mati yang datang tiba2.

3. Menikmati keseronokan hidup, yang penuh hiburan dan nikmat- lawanlah dengan kesedaran bahawa nikmat itu akan hilang dan akan tibanya perhitungan yang pahit.

4. Bongkak- lawanlah dengan kesedaran bahawa semua adalah nikmat Allah Ta’ala dan takutkan balasan buruk.

5. Meremehkan dan kurang menghormati orng lain- lawanlah dengan mengatahui hak dan kehormatan orang lain

6. Dengaki- lawanlah dengan sikap lapang dada

7. Riya’ dan senang dipuji- lawanlah dengan sifat yang ikhlas.

8. Kedekut- lawanlah dengan kesedaran bahawa apa yang kita miliki akan binasa satu hari nanti.

9. Sombong- lawanlah dengan rendah diri dan tawaddhu’

10. Tamak- lawanlah dengan keyakinan terhadap apa yang ada di sisi Allah dan berzuhud (bersederhana).


Malam Muhasabah

:: subhanallah ::..=D

:: barisan Ajk muslimin ::

semoga kita sentiasa istiqamah ke rumah Allah..


:: sesi tayangan video ::

bermulanya sesi tayangan video..sama2 amik ibrah..=D

:: sungguh khusyuk para syabab menonton video ::

:: penonton muslimat yg khusyuk ::

:: kebangkitan para mujahidah di musolla saodah ::